BAS VS ETS SHAH ALAM – BUTTERWORTH

Perjalanan dari shah alam ke butterworth bukan lah laluan yang asing dan sukar untuk sampai. Ada orang akan memilih bas, kapal terbang, ets ataupun bawa kenderaan sendiri untuk sampai ke destinasi yang di kehendaki. Bas dan ETS dilihat sering menjadi pilihan utama terutama bagi pelajar yang perlukan kos yang dapat memenuhi buget mereka. Di sini ingin saya kongsikan sedikit pembandingan diantara bas dan ETS jika anda berjalan dari Shah Alam ke Butterworth atau sebaliknya.


Kos
ETS
Bagi warga Shah Alam atau mereka yang belajar di Shah ALam, untuk menaiki ETS, anda perlu ke KL Sentral menaiki KTM yang berharga RM 4.00 (Ye dah naik harga sekarang, Saya pun terkejut). Kemudian, baru anda boleh menaiki ETS yang berharga RM 59 bagi gold class atau Platinum class- RM 79. Beza Gold Class dengan Platinum ialah Gold Class banyak berhenti stesen dan lambat sedikit manakala Platinum kurang dan cepat sedikit sampai Butterworth. Jika di tambhkan semua, jumlah Kos menaiki ETS paling murah adalah RM 63.

Bas
Untuk menaiki bas, anda perlu ke Perhentian Bas Sementara Seksyen 13 bersebelahan Stadium Shah Alam. Untuk ke sana anda boleh menaiki Bas Smart Selangor yang percuma atau Uber dan Teksi. Bagi harga tiketnya pula antara RM 42 hingga RM 50. JIka anda naiki Bas Smart Selangor maka jumlah kos anda ke butterorth hanya RM 42 paling murah.

Ketepatan
ETS
ETS sangat menepati masanya. Jarang sama sekali ETS akan lewat walaupun 1 minit. Jika dalam tiket kata pukul 3 petang bergerak, pastikan anda sudah berada di sana jam 2.45 paling lewat untuk pastikan anda menaiki pada masanya. Walaubagaimanapun, saya pernah sekali ETS dari Batu Gajah ke Shah Alam mengalami kelewatan 40 minit tetapi itu sekali sahaja dan jarang dengar kes sebegitu berlaku lagi. Saya tidak dapat beri jaminan apa-apa kerana pernah berlaku pada saya kelewatan ini walaupun sekali. Walubagaimanapun, ketepatan 4 jam atau kurang ETS sangat boleh dipercayai kerana ia tidak mengikut trafik kenderaan.

Bas
Siapa tidak kenal kelewatan Bas. Selama saya menaiki bas, satu jenama bas, Pluslinear sahaja saya percaya yang menepati masanya. Bas lain teramat jarang sekali saya naiki pada masanya. Ada yang lewat sehingga lebih 2 jam saya pernah tunggu dan saya minta refund balik dan menaiki kereta pakcik saya yang kebetulan lalu situ juga. Saya dengar ia lewat sehingga 4 jam hari tu. Waktu sampai sesuatu bas sengat mengikut trafik jalan raya. Jika anda menaiki waktu puncak seperti perayaan atau cuti sekolah, anda mungkin akan berada di dalam bas sehingga 6 jam atau lebih tetapi kebiasaannya akan mengambil masa 4 ke 5 jam perjalanan.

Kekerapan
ETS
ETS mempunyai jadual tersendiri yang mempunyai kekerapan setiap 20 minit hingga 2 jam jarak. Anda boleh mulai naiki ETS seawall 7 pg atau selewat 11.27 malam. Kekerapan ETS ini berdasarkan waktu puncak orang ramai menaikinya.

Bas
Dari Shah Alam ke Butterworth, anda boleh dapati bas hamper setiap 1 jam dengan syarikat-syarikat yang berlainan. Malah ada jam yang sama itu di tawarkan oleh beberapa syarikat bas yang berlainan. Anda pilih sahaja syarikat bas mana anda mahu naiki untuk sampai ke destinasi

Kemudahan
ETS
Antara kemudahan ETS yang saya rasa sangat bagus adalah kemudahan surau untuk orang islam menunaikan solat. ETS juga mempunyai tandas sendiri yang membolehkan penumpang ke tandas jika perlu dan tidak perlu tahan hingga sampai ke R&R terdekat. Selain itu, jika anda lapar, anda boleh beli di cafeteria dalam ETS tersebut. Pelbagai menu makanan di sediakan untuk dipilih.

Bas
Bagi saya kemudahan yang bas aada tiada pada ETS ialah tempat penyimpanan bag. ANda boleh menyimpan bag di bahagian bawah tanpa memenuhkan kawasn tempat duduk anda. Kadang-kadang kita dari jauh bawa banyak barang dan perlu kawasan penyimpanan beg yang besar. Tempat letak beg bas ini menyelesakan lagi perjalanan kita yang mengambil masa sehingga 5 jam perjalanan.

PILIHAN PENULIS
Bagi saya, saya akan lebih mengesyorkan menaiki bas untuk ke Butterworth dari Shah ALam. Memandangkan kosnya yang lebih murah dan senang untuk di ekses dan kekerapan yang banyak. Mungkin satu hari nanti bas dapat di naikkan taraf servis dan kemudahanya sehingga ada tandas di dalam bas seperti di mesir. (Ye, bas di mesir ada tandas dalam bas. Bukan tipu.


Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Azroy Malex
admin
11 April 2017 at 06:56 ×

Zaman xde PLUS, bas ekspres malaysia pun ada tandas..zaman 80an

Reply
avatar
zety
admin
15 August 2017 at 02:08 ×

Tq singgah ke blog saya.

Saya lebih prefer ETS walaupun sedikit mahal tetapi lebih selesa dan menjimatkan masa.

ETS punada tempat menyimpan barang dgn mudah tau. if bawa beg bagasi besar2 bleh je simpan dekat rak/ruang hadapan disetiap koc.


spitoutkata.blogspot.com

Reply
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROMOTION