KERJA SAMBILAN UNTUK MAHASISWA

Menyambung pelajaran ke Universiti dan Kolej merupkan satu peluang yang di idamkan oleh setiap pelajar lepasan SPM tetapi dunia luar sana tidak seperti indah yang di caritakan. Peningkatan kos barang asas dan yuran pengajian sedikit sebanyak menyukarkan laluan pelajar untuk tumpu pada pelajaran dalam masa yang sama memastikan mempunyai ang saku yang mencukupi tanpa berharap pada kedua ibubapa lagi. Di sini akan dikongsikan sedikit cadangan kerja-kerja boleh dilakukan ketika melanjutkan pelajaran.


PROMOTER
Menjadi seorang promoter sambilan adalah peluang terbaik untuk kita bukan sahaja mendapat wang saku tetapi boleh mengasah kemahiran komunikasi kita bersama orang ramai. Jika anda ada banyak masa terluang pada hujung minggu, ini adalah peluang terbaik bagi anda untuk mendapat wang saku. Ada beberapa syarikat di luar sana menawarkan gaji sehingga RM 120 sehari. Bekerja 2 kali seminggu selama sebulan boleh berikan anda wang saku sebanyak RM 960 sebulan tidak ditambah lagi dengan bantuan pendidikan anda seperti elaun MARA, JPA mahupun PTPTN.


KEDAI RUNCIT
Kedai runcit ini tidak di hadkan bagi kedai yang menjual barang runcit seperti air, ayam, makanan ringan dan topup semata-mata. Bagi wanita, anda boleh cuba untuk berkerja di butik-butik manakala lelaki boleh bekerja di kedai gaming atau sukan. Jika anda ada masa teruanag pada petang hingga malam, ini boleh bantu anda mendapat wang saku sehingga minimum RM 1000 sebulan. Ada kedai menawarkan lebih lagi. Jawatan kosong bagi tempat-tempat ini selalunya perlu di tanya ke kaunter kedai or iklan di hadapan kedai. Anda bukan sahaja dapat wang saku tetapi pengalaman bagaimana ingin menguruskan kedai tersebut.

BERNIAGA
Berniaga adalah paling senang bagi mereka yang mempunyai jadual yang tidak begitu tetap atau flexible seperti kadang-kadang hujung minggu perlu menyertai program lain. Jika tidak reti berniaga online, anda boleh berniaga di kampus anda. Minta kebenaran daripada pihak pentadbiran anda dan buka perniagaan anda. Anda boleh berniaga daripada makanan, minuman, teddy bear, aksesori telefon, peralatan pembelajaran (barang-barang melukis bagi arkitek), servis baiki laktop, topup dan sebaigainya yang anda lihat dapat bantu kembang perniagaan anda. Modal berniaga tidak perlu banyak, seperrti saya sendiri dulu berniaga sosej bermula modal RM 50 sahaja dan setelah 3 bulan berniaga saya dapat kumpul keuntungan bersih RM 1000.

KEDAI MAKAN
Kedai makan tepi jalan mahupun kedai fast food banyak menyediakan peluang pekerjaan. Ada gerai nasi lemak tepi jalan menawarkan gaji sehingga RM 50 sehari manakala kedai fast food ada menwarkan gaji RM 7 satu jam. Cari kedai makan yang selari dengan jadual belajar anda dan kumpulkan sedikit wang di samping menambah ilmu anda untuk berljar memasak. Mana tahu boleh jadi mnantu mithali sebab panda masak. Selalunya kedai-kedai ini menawarkan sekali makan percuma maka wang saku anda untuk hari itu untuk makan telah selamat.

GURU TUISYEN
Jika anda suka mengajar dan dekat dengan kanak-kanak, ini merupakan peluang terbaik bagi anda. Anda boleh bekerja sebagai guru tuisyen di pusat tuisyen atau lekukannya di rumah. Sebahagian pusat tuisyen menawarkan bayaran dalam RM 25 sejam. Jika anda mengajar sehari 2 jam selama 5 hari seminggu, anda telah boleh kumpulkan RM 250 seminggu duit wang saku. sebulan telah sampai RM 1000. Jika anda tidak yakin mengajar banyak pelajaran lagi, tumpukan pada subjek anda rasa paling banyak kemahiran anda seperti matematik, english atau bahasa melayu. Jika anda betul-betul yakin denngan kemahiran anda, anda boleh cuba mengajar hingga ke rumah sebagai home tutor.

Ini merupakan sebahagian kera-kerja sambilan anda boleh ambil. Jika anda rasa ada kerja lain boleh di lakukan oleh pelajar, tinggalkan di komen bawah untuk dikongsikan. Saya akan tambah kerja-kerja lain di post akan datang. Semoga guide ini dapat membantu mahasiswa di luar sana menangani isu kekurangan wang ketika belajar tetapi ingat walaubagaimanapun menarik wang tersebut, pelajaran semestinya yang paling utama. 
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Rudianto
admin
28 December 2016 at 22:06 ×

Salam blogger,

Pengkongsian yang menarik. amat bermanfaat, semoga menjadi amal ibadah.

Congrats bro Rudianto you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROMOTION